Terima kasih kepada semua sekolah, khususnya PK HEM dan Jawatankuasa Bantuan Sekolah yang telah menghantar data permohonan KWAPM 2013 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa data permohonan yang mengelirukan.
Antaranya masalah yang telah dikenal pasti adalah:
1. Terdapat pengulangan nama pemohon dengan semua maklumat adalah sama
2. Terdapat pengulangan nama pemohon tetapi berbeza kelas, pendapatan keluarga, perkapita dan tanggungan
3. No. KP/SB pemohon bertembung dengan pelajar dari sekolah sama atau sekolah berlainan
Suka diingatkan bahawa ralat tersebut boleh menyebabkan permohonan KWAPM murid berkenaan akan ditolak oleh KPM. Oleh itu, pihak sekolah diharapkan agar dapat memurnikan data tersebut dengan menyemak dokumen/bukti kelahiran murid. Data yang telah dimurnikan perlu dikembalikan secara emel kepada hem_ppdkrai@yahoo.com sebelum atau pada Khamis, 11 Oktober 2012. Kelewatan penghantaran data dari tarikh yang ditetapkan memungkinkan data murid tersebut tidak sempat diproses.
Data KWAPM tembung tersebut boleh dimuat turun di sini.
No comments:
Post a Comment