Saturday, 22 September 2012

Mesyuarat Penyelarasan KWAPM DUN Dabong

           Mesyuarat penyelarasan Majlis Pengagihan KWAPM Peringkat DUN Dabong akan diadakan pada 24 September 2012, jam 11.00 pagi di Bilik Wawasan, SMK Dabong. Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah DUN Dabong dijemput hadir.

          Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab sekolah bagi menjayakan Majlis KWAPM yang akan diadakan pada 26 September 2012 di SMK Dabong.

          Sekolah-sekolah boleh memuat turun surat panggilan menggunakan link di bawah. Bagi sekolah yang tidak mempunyai capaian ineternet, surat tersebut akan diedarkan semasa mesyuarat nanti. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama.

         Muat turut surat panggilan.

No comments:

Post a Comment