SEJARAH PPD

               Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai mula beroperasi pada tahun 1982 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai-Gua Musang.

               Pada tahun 1993, PPD Kuala Krai-Gua Musang telah berpindah ke Bangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan Kuala Krai. Pada tahun 2004, pejabat ini telah ditadbir secara berasingan dengan daerah Gua Musang dan dinamakan sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. Pada 15 Ogos 2005, Pejabat Pelajaran Daerah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Km6, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.

              Sehingga kini, sebanyak 13 buah sekolah menengah dan 41 buah sekolah rendah terletak di bawah pentadbiran PPD Kuala Krai.