Thursday, 12 July 2012

Program Jom Sihat 2012

Program Jom Sihat 2012 telah diadakan pada hari ini di Dewan Besar SMK Pahi. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah PPD Kuala Krai yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Antara lain, ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan cara pemakanan yang sihat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan pelajar mengenai bahaya obesiti dan langkah-langkah untuk mengelakkan kegemukan.

 Pelajar dan guru sedang melakukan aktiviti senam robik


Program ini juga merupakan program kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan acara senam robik. Seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Pahi. Selepas berhenti rehat, acara diteruskan dengan aktiviti ceramah pemakanan yang telah disampaikan oleh Puan Noorsyahmun bt Muhd Idris, Pegawai Sains Pemakanan dari PKD Kuala Krai.


Team KKM sedang melakukan pemeriksaan kesihatan

Majlis Perasmian Penutup telah diadakan pada jam 12.00 tengah hari. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Saidi b Salleh, Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai.
 
 En. Saidi b Salleh sedang menyampaikan ucapan.

 Ia turut dihadiri oleh Dr Raizam bt Idris, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Pahi.

Dr Raizam bt Idris

PPD Kuala Krai mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat, warga Kementerian Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan Klinik Kesihatan Pahi yang telah menjayakan program pada kali ini.

No comments:

Post a Comment