Tuesday, 31 July 2012

Penerima KWAPM Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta Pelarasan Tahun 2-6 Data Sedia Ada

          Senarai penerima KWAPM bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan pelarasan Tahun 2-6 berdasarkan data sedia ada telah diterima oleh PPD. Makluman tersebut akan dipanjangkan ke sekolah dalam masa terdekat. Peruntukan tersebut disalurkan melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) mulai Julai 2012.

          Kadar bantuan adalah sebanyak RM200/murid yang layak bagi sekolah rendah dan RM300/murid bagi murid Tingkatan 1. Sekolah-sekolah diharapkan agar dapat:

1. Melengkapkan Lampiran B (pengesahan penerimaan bayaran melalui EFT) dalam tempoh 14 hari setelah bayaran tersebut dimasukkan ke akaun KWK.
2. Melengkapkan Lampiran A (pengesahan nama murid yang tidak wujud di sekolah) dan mengembalikannya ke Bahagian Kewangan KPM bersama-sama dengan cek lebihan bayaran sebelum 31 Oktober 2012.
3. Memasukkan bayaran ke dalam akaun pelajar.

          Majlis pengagihan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Bersama Semua Penolong Kanan HEM yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. Berikut adalah jumlah penerima KWAPM mengikut sekolah :

BIL SEKOLAH BIL PENERIMA BANTUAN (RM)
1 SK BAHAGIA 22 4400.00
2 SK BANDAR KUALA KRAI 30 6000.00
3 SK BANGGOL GUCHIL 31 6200.00
4 SK BATU JONG 24 4800.00
5 SK BATU MENGKEBANG 72 14400.00
6 SK BIAK 14 2800.00
7 SK CHENULANG 59 11800.00
8 SK CHUCHOH PUTERI 48 9600.00
9 SK DABONG 11 2200.00
10 SK KAMPONG BEDAL 41 8200.00
11 SK KAMPONG KARANGAN 19 3800.00
12 SK KAMPONG TENGAH 65 13000.00
13 SK KEMUBU 27 5400.00
14 SK KUALA GERIS 47 9400.00
15 SK KUALA KRAI 41 8200.00
16 SK KUALA NAL 21 4200.00
17 SK LADANG TAKU 4 800.00
18 SK LALOH 49 9800.00
19 SK LATA REK 50 10000.00
20 SK LELA JASA 23 4600.00
21 SK MANEK URAI 54 10800.00
22 SK MANEK URAI BARU 36 7200.00
23 SK MEMPELAM JELAWANG 45 9000.00
24 SK PAHI 51 10200.00
25 SK PASIR GAJAH 42 8400.00
26 SK PASIR KELANG 23 4600.00
27 SK PEMBERIAN 20 4000.00
28 SK PERIA 34 6800.00
29 SK SERI MAHLIGAI 20 4000.00
30 SK SLOW TEMIANG 25 5000.00
31 SK SUNGAI EMBAK 38 7600.00
32 SK SUNGAI MENGKUANG 26 5200.00
33 SK SUNGAI PAS 40 8000.00
34 SK SUNGAI SAM 25 5000.00
35 SK SUNGAI SOK 22 4400.00
36 SK SYP 1 27 5400.00
37 SK SYP 2  20 4000.00
38 SK TELKONG 42 8400.00
39 SK TEMALIR 47 9400.00
40 SRJK(T) PASIR GAJAH 1 200.00
41 SRJK(C) YUK CHAI 19 3800.00
42 SMK BANDAR KUALA KRAI 83 24900.00
43 SMK DABONG 146 43800.00
44 SMK KEROH 88 26400.00
45 SMK KUALA KRAI 176 52800.00
46 SMK LALOH 178 53400.00
47 SMK MANEK URAI 118 35400.00
48 SMK MENGKEBANG 137 41100.00
49 SMK PAHI 103 30900.00
50 SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 40 12000.00
51 SMK SULTAN YAHYA PETRA 2 73 21900.00
52 SABK SAADATUL QURA 23 6900.00
53 SABK DARUSSALAM 55 16500.00

Saturday, 28 July 2012

Kemas Kini: Taklimat Verifikasi Data SMM

Taklimat verifikasi data SMM akan diadakan secara berkelompok mengikut Zon Sekolah. Kelompok 1 (Sekolah Rendah Zon 1, Zon 2 dan Zon 5/30/7/2012-SK Bandar Kuala Krai), Kelompok 2 ( Semua Sekolah Menengah-SMK Kuala Krai) dan Kelompok 3 (Sekolah Rendah Zon 3, Zon 4 dan Zon 6).

Surat panggilan dan tentatif program telah dihantar ke semua sekolah pada hari Rabu, 25 Julai 2012. Guru Data SMM boleh memuat turun surat panggilan di sini.

Thursday, 19 July 2012

Taklimat Verifikasi Data SMM Secara Kelompok

          Penyelia HEM PPD Kuala Krai bersama dengan Jurulatih Utama SMM, En. Mohamad Norddin b Hj Ismail telah menghadiri Mesyuarat Gabung Data SMM yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2012 di Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu. Hasil mesyuarat tersebut, banyak ralat di data SMM yang dihantar oleh sekolah telah dikesan.

          Sebagai langkah mengatasinya, verifikasi secara kelompok akan diadakan dalam masa terdekat. Guru data SMM semua sekolah diwajibkan hadir dan akan dimaklumkan melalui surat rasmi pejabat.

          Antara lain, pengisiannya meliputi instalasi dan penggunaan aplikasi penyemakan ralat yang diperoleh melalui JU SMM JPN Kelantan. Untuk memudahkan urusan, guru data SMM diminta membuat salinan buku rekod kedatangan pelajar yang mengandungi maklumat peribadi dan keluarga pelajar. Salinan tersebut perlu dibawa semasa membuat verifikasi data nanti.

          Kita percaya, banyak masalah dapat diselesaikan apabila taklimat verifikasi ini diadakan.

Thursday, 12 July 2012

Program Jom Sihat 2012

Program Jom Sihat 2012 telah diadakan pada hari ini di Dewan Besar SMK Pahi. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah PPD Kuala Krai yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Antara lain, ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan cara pemakanan yang sihat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan pelajar mengenai bahaya obesiti dan langkah-langkah untuk mengelakkan kegemukan.

 Pelajar dan guru sedang melakukan aktiviti senam robik


Program ini juga merupakan program kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan acara senam robik. Seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Pahi. Selepas berhenti rehat, acara diteruskan dengan aktiviti ceramah pemakanan yang telah disampaikan oleh Puan Noorsyahmun bt Muhd Idris, Pegawai Sains Pemakanan dari PKD Kuala Krai.


Team KKM sedang melakukan pemeriksaan kesihatan

Majlis Perasmian Penutup telah diadakan pada jam 12.00 tengah hari. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Saidi b Salleh, Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai.
 
 En. Saidi b Salleh sedang menyampaikan ucapan.

 Ia turut dihadiri oleh Dr Raizam bt Idris, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Pahi.

Dr Raizam bt Idris

PPD Kuala Krai mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat, warga Kementerian Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan Klinik Kesihatan Pahi yang telah menjayakan program pada kali ini.