Saturday, 22 September 2012

Mesyuarat Penyelarasan KWAPM DUN Dabong

           Mesyuarat penyelarasan Majlis Pengagihan KWAPM Peringkat DUN Dabong akan diadakan pada 24 September 2012, jam 11.00 pagi di Bilik Wawasan, SMK Dabong. Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah DUN Dabong dijemput hadir.

          Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab sekolah bagi menjayakan Majlis KWAPM yang akan diadakan pada 26 September 2012 di SMK Dabong.

          Sekolah-sekolah boleh memuat turun surat panggilan menggunakan link di bawah. Bagi sekolah yang tidak mempunyai capaian ineternet, surat tersebut akan diedarkan semasa mesyuarat nanti. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama.

         Muat turut surat panggilan.

Tuesday, 18 September 2012

Majlis Pengagihan KWAPM Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2012

          Khabarnya Majlis Pengagihan KWAPM Berkelompok pada petang ini di SK Pahi dan SK Manek Urai berjalan dengan lancar. Unit HEM melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada Pengurusan HEM dan guru-guru sekolah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sekolah tuan rumah yang pastinya menanggung beban tugas yang lebih berat berbanding dengan sekolah tetamu.

         Kepada sekolah yang belum memperoleh surat akuan penerimaan oleh ibu bapa boleh memuat turun borang melalui menu muat turun dalam blog ini.

         Semoga majlis-majlis berikutnya berjalan dengan lancar. Amin.....

Friday, 14 September 2012

Alahai... Guru pulak dibelasah....

Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.

Baca seterusnya di sini.