Wednesday, 15 August 2012

SSDM Online dan SPKS Online Ogos 2012

          Sebagaimana diputuskan dalam Taklimat kepada Setiausaha Disiplin semua sekolah pada 5 Ogos 2012 di SK Sungai Embak dan diberi penegasan dalam Mesyuarat bersama Pen. Kanan HEM pada 13 Ogos 2012 di PPD Kuala Krai, pengisian SSDM Online oleh semua sekolah dibuat sebelum atau pada 23 haribulan setiap bulan. Memandangkan sekolah masih bercuti, mohon pihak sekolah dapat menyegerakan pengisian tersebut.

          Manakala SPKS Online telah dibuka mulai 1 Ogos 2012 dan ditutup pada 31 Ogos 2012. Sekolah juga diminta mengambil tindakan segera. Sikap menunggu saat-saat akhir dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan server.

          Harap mendapat tindakan segera daripada pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah-sekolah PPD Kuala Krai.

No comments:

Post a Comment