Verifikasi data SMM Kelompok 3 yang diadakan hari ini merupakan kumpulan terakhir yang akan membuat verifikasi data SMM. Kelompok ini terdiri dari guru-guru data SMM sekolah Zon 3, Zon 4 dan Zon 6 yang telah diadakan di SK Lela Jasa. Verifikasi yang sama telah diadakan untuk Kelompok 1 yang terdiri daripada guru-guru data SMM Zon 1, Zon 2 dan Zon 5. Manakala Kelompok 2 terdiri daripada semua sekolah menengah.
Antara sebahagian Guru Data SMM Kelompok 3
Data-data yang telah dimurnikan ralatnya akan dihantar kepada Jurulatih Utama SMM, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
Guru Data SMM kalangan guru wanita
Unit HEM PPD Kuala Krai mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru data SMM dan sekolah tuan rumah iaitu SK Bandar Kuala Krai, SMK Kuala Krai dan SK Lela Jasa yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan taklimat ini. Unit HEM PPD Kuala Krai juga amat berbesar hati dengan sumbangan Jurulatih Utama PPD, Cikgu Mohamad Norddin b Hj Ismail (SK Sungai Embak) dan Ustaz Zulkanain b Mohamad (SK Telkong) yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan data SMM PPD paling minima ralat.