Saturday, 18 January 2014

Jadual Agihan Bantuan RM100

Dalam Taklimat Pengurusan HEM Bil 1/2014, kita telah memutuskan untuk mengadakan pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Walau bagaimanapun,  keputusan tersebut terpaksa dipinda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, semua PK HEM diminta mengambil tindakan yang segera dan bersedia untuk mengadakan majlis tersebut. Unit HEM PPD Kuala Krai akan cuba berbincang dengan PDRM Kuala Krai bagi mengatur urusan keselamatan. Bantuan tersebut bermula awal Februari 2014. Sekolah-sekolah diminta menghubungi Penyelia HEM untuk maklumat lanjut.

Friday, 17 January 2014

Taklimat Pengurusan HEM Bil 1/2014


Taklimat Pengurusan HEM untuk semua Penolong Kanan HEM PPD Kuala Krai telah diadakan pada 15 Januari 2014, jam 2.30 petang di SMK Bandar Kuala Krai. Semua Penolong Kanan HEM telah hadir dalam taklimat tersebut.

Taklimat ini telah memberi fokus kepada aspek pengurusan HEM yang meliputi:
a) Pengurusan Asrama
b) Pengurusan Kantin
c) Pelaksanaan RMTS
d) Pengurusan permohonan KWAPM Tahnu 1 dan Tingkatan 1
e) Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2014
e) Program Susu 1Malaysia
dan beberapa perkara lain yang bersangkutan dengan hal ehwal murid.

Taklimat ini penting dalam usaha Unit HEM PPD Kuala Krai memantapkan pengurusan HEM di sekolah. Pengurusan HEM di sekolah tahun 2014 memperlihatkan beberapa muka baru. Antaranya Pn Syarifah bt Che Hussin (SK Batu Mengkebang), Pn Fatimah Daud (SK Sungai Pas), En Mat Din (SK Lela Jasa), En Hamdan (SK Kuala Geris) dan En. Francis Xavier (SK Sungai Mengkuang). Pengurusan HEM PPD mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan baru yang menyertai keluarga besar HEM PPD Kuala Krai.