Alhamdulillah, majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan peringkat PPD Kuala Krai telah berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah. PPD Kuala Krai mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Antaranya ialah barisan kepimpianan setempat, IPD Kuala Krai, RELA Jajahan Kuala Krai, warga PPD Kuala Krai dan guru-guru di sekolah.
Untuk makluman pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan akan mengeluarkan garis panduan mengenai proses tuntutan bayaran makan minum untuk hadirin dalam majlis tersebut. Adalah dijangkan, surat tersebut akan diterima oleh pihak sekolah pada penghujung Februari 2013.
Mana-mana sekolah yang mempunyai lebihan bayaran, peruntukan tersebut hendaklah dikembalikan ke Ketua Akauntan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum atau pada 31 Mac 2013. Manakala sekolah-sekolah yang mengalami masalah kurangan peruntukan berbanding dengan jumlah pelajar diminta menghantar permohonan tambahan secepat mungkin melalui Unit HEM, PPD Kuala Krai.