Thursday, 8 November 2012
Lawatan Penanda Aras Ke Asrama SMK Alor Pasir
Lawatan penanda aras ke Asrama SMK Alor Pasir telah diadakan ada 7 November 2012. Lawatan ini telah disertai oleh Penolong Kanan HEM, Penyelia Asrama, Pembantu Pengurusan Murid Asrama dan warden asrama. Enam buah sekolah terlibat iaitu SK Chenulang, SK Lela Jasa, SK Kuala Geris, SK Dabong dan SK Pasir Gajah. Manakala sekolah menengah diwakili oleh SMK Kuala Krai, SMK Pahi, SMK Keroh dan SMK Sultan Yahya Petra 1.
Rombongan telah bertolak dari PPD Kuala Krai dengan bas sewa khas pada jam 9.00 pagi. Kami tiba di SMK Alor Pasir pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh PK HEM sekolah tersebut, Tuan Syed Razali Syed Akil. Kami telah diberikan taklimat mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh sekolah yang membolehkan asrama sekolah telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Asrama Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Apa yang dapat dirumuskan, kerjasama menyeluruh warga sekolah amat penting dalam memastikan kecemerlangan asrama. Selain itu, komitmen berterusan juga menjadi faktor utama Asrama SMK Alor Pasir mencapai kejayaan.
Pengurusan HEM PPD Kuala Krai mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga SMK Alor Pasir atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan tersebut. Semoga lawatan tersebut dapat memberikan manfaat yang besar dalam usaha PPD Kuala Krai memacu kecemerlangan asrama.
Monday, 5 November 2012
Kegiatan kokurikulum mendapat lebih pengiktirafan
Kegiatan kokurikulum kini lebih diiktiraf apabila ia diambilkira dalam proses permohonan pelajar ke institusi pengajian tinggi.. 10% sumbangan markah kokurikulum menyumbang kepada kelayakan untuk ke IPT bagi pengambilan sesi 2013/2014.
Maklumat selanjutnya di sini.
Maklumat selanjutnya di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)